web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Luanloko Komited Libatkan Diri Dalam Seni Dan Peniagaan

Selain menumpukan bakatnya bermuzik, Luanloko juga amat komited dalam menjalankan perniagaannya, The Jazzy’s Burger. Mari kenali 'rapper' Brunei ini.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 8:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rapper Brunei, Awang Mohd Jasmin bin Hassan atau lebih dikenali dengan Luanloko merupakan seorang yang berdikari. Selain menumpukan bakatnya dalam menghasilkan lagu, Luanloko juga amat komited dalam menjalankan perniagaannya The Jazzy’s Burger.

Pada sekitar tahun 2015, Luanloko telah melibatkan diri dalam dunia perniagaan setelah mendapat pandangan daripada teman-temannya dari industri muzik Malaysia yang kebanyakannya mendapat hasil sampingan dengan menjual burger.

 

Bermulanya The Jazzy’s Burger

Setelah melihat usaha rakan-rakannya itu, dia telah mencuba nasib menjual burger dengan menggunakan resipi daging burger buatannya sendiri, walaupun dia sendiri tahu banyak saingan menjual burger di negara ini.

Setelah pulang dari Malaysia, hasratnya telah disokong oleh kedua ibu bapanya lalu dia pun membuka satu gerai kecil di hadapan rumahnya.

Awal perniagaannya, Luanloko telah dibantu oleh ibunya dan dia mula mempromosikan burgernya menerusi sosial media. 

Walaupun pada waktu itu, pendapatannya hanya $10 (RM31) sehari tetapi ia tidak mematahkan semangat Luanloko untuk bertahan sehingga ke hari ini.

“Ia bukanlah satu perkara mudah untuk memikat hati pelanggan dan berharap orang ramai mencuba produk perniagaan sendiri,” jelasnya.

Luanloko membuat patti The Jazzy’s Burger
Luanloko membuat patti The Jazzy’s Burger

Setelah enam tahun membuka perniagaan burger, dia telah membuka empat cawangan kecil dan telahpun mendapat perhatian orang ramai untuk menikmati The Jazzy’s Burger pada bila-bila masa. 

Walau bagaimanapun disebabkan pandemik COVID-19 menyerang kembali di Brunei, The Jazzy’s Burger hanya membuka satu cawangan sahaja.  

Pada musim pandemik, Luanloko menjelaskan amat sukar mendapatkan stok barang perniagaan yang diimport. 

Namun, dia bersyukur perniagaan burgernya masih lagi beroperasi dengan baik dan hanya dijalankan di rumahnya secara pick-up, sementara cawangan lain telah ditutup buat sementara.

Luanloko telah mencipta kelainan sendiri untuk memikat hati pelanggan dengan menghasilkan patti burger dan gabungan sos buatan sendiri.

Setakat ini, The Jazzy’s Burger mempunyai empat sos iaitu Blackpepper, BBQ, Summer Sos dan Loko Sos yang dihasilkan menggunakan resipi sendiri di samping menggunakan cendawan segar bagi menambah kelainan dan perbezaan dengan burger yang ada di Brunei.

 

Berbakat Dalam Industri Seni

Selain pandai membuat burger, Luanloko juga mempunyai bakat tersendiri dengan mencipta lagu dan menyanyi.

Luanloko juga pernah diundang oleh pihak Astro di Malaysia untuk membuat rakaman suara latar bagi cerita kartun Madagascar dengan memegang watak penguin yang bernama Private pada tahun 2010. Dia juga ada menghasilkan empat buah lagu pada tahun 2015.

Bagaimana Luanloko membahagikan masanya, berniaga dan bermuzik? Menurutnya, dia akan menjalankan perniagaannya pada sebelah siang dan pada sebelah malam, dia akan mengisi masanya dengan menyiapkan projek atau karya seninya. 

Walau bagaimanapun buat masa ini, perniagaan adalah penting kerana hasil perniagaan tersebut, dia akan dapat ‘invest’ dengan membuat projek lagu sebagai tambahan kerjayanya.

Luanloko berharap dia dapat mencipta lebih banyak karya yang dikenali para peminat muzik, dalam dan luar negara. 

Rapper ini juga menyimpan hasrat untuk memajukan industri seni tanah air dan membawa lebih banyak muzik Brunei ke luar negara kerana dia yakin bahawa anak watan di sana banyak yang berbakat dan perlu dikembangkan lagi di luar negara.

Pada masa ini, Luanloko merupakan salah satu artis di bawah naungan HMO records Malaysia.

Dia bekerjasama dengan beberapa artis Malaysia seperti Kmy Kmo, Luca Sickta, Dement Si Lain, Azan Ruffedge, Adeep Nahar dan beberapa artis Brunei untuk bagi menghasilkan lagu-lagu terbaharu.

Setakat ini, Luanloko telah mengeluarkan lagu ‘Semboyan’ yang dicipta sepenuhnya oleh Kmy Kmo. Muzik video lagu tersebut bolehlah disaksikan di saluran YouTube, Luanloko Official. 

Dia juga akan mengeluarkan lagu single keduanya nanti bertajuk ‘Dharma Dunia’ yang merupakan kolaborasi dengan penyanyi dari anggota VE, Adeep Nahar dan akan mencipta lagu-lagu lain dengan kerjasama Azan Ruffedge dan Dement Si Lain.

Luanloko menasihati kepada mereka di luar yang berminat dalam bidang perniagaan ataupun bidang muzik agar terus mengejar impian mereka.

Jangan putus asa, minta sokongan dan dorongan dari keluarga dan kawan-kawan agar sentiasa bersemangat dalam menjalankan apa yang kita suka.

“Carilah jalan yang terbaik. Kalau tiada masa, fokuslah pada satu sahaja yang diminati. Yang penting, hati kena kuat dan bersemangat dalam meneruskan hidup,” kata Luanloko. - Getaran, 17 September 2021

Gambar: Ihsan Luanloko

Isu Pada

Dynas Tiada Gentar

16 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

2 Lelaki Direman 7 Hari, Bantu Siasatan Kes Kematian Di Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Nelayan Tak Berlesen Masih Jadi Isu, Punca Utama Insentif Kerajaan ‘Tak Sampai’ Ke Tangan - Faizul

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PAS Johor Nafi Risalah Palsu Gesa Pengundi Tolak PH

oleh Sophia Ahmad