web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Ketika Kalah Kita Diduga, Ketika Menang Juga Kita Diduga’ - Nurul Izzah

Berita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 4:27PM

Nurul Izzah berkata legasi ditinggalkan oleh Anwar untuk anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme serta prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya sayang awak, papa. Saya sentiasa berbangga dengan anda walaupun (anda) terbaring dipenjarakan sebagai tahanan.

Demikian luahan hati Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Instagram, selepas bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan sebagai Perdana Menteri Ke-10 hari ini.

Menurut anak sulung Anwar itu, dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan.

“Ketika kalah kita diduga, ketika menang juga kita diduga.

“Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan, menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.

“Cabaran tetap menanti dan selepas upacara angkat sumpah, usaha menyatu padukan teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, selain membina ummah serta bangsa berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu,” katanya.

Pada masa sama, Nurul Izzah berkata, legasi ditinggalkan untuk anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme serta prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.

“Jadikan masa depan, masa kita bersama. Khayr, InshaaAllah,” katanya.

Hantaran tersebut turut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengikutnya dengan majoriti mengucapkan tahniah di atas pelantikan bapanya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Terdahulu, pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan," menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada jam 5 petang ini di Istana Negara. – Getaran, 24 November 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad