web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tip Jimat Masa Mengemas Pakaian Untuk Bercuti

Bagaimana cara untuk memudahkan dan jimatkan mengemas baju dan keperluan yang lain? Ini cara atau tip yang boleh anda ikut sebagai panduan. 

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 10:00AM

Gambar hiasan dari Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lain orang, lainlah ragamnya. Ada orang yang cukup malas untuk buat rujukan itu dan ini apabila ingin bercuti sehingga sanggup beli pakej pelancongan yang ditawarkan agensi pelancongan sahaja. 

Ada pula yang tidak sanggup memandu sendiri jika melancong ke luar negara walaupun ia adalah cara terbaik untuk meneroka destinasi terbabit.

Satu lagi perkara yang mungkin merimaskan bagi sesetengah orang ialah mengemas pakaian dan lain-lain keperluan untuk bercuti atau mengembara. 

Bagi kaum wanita, segalanya harus sempurna. Untuk mengemas pakaian, daya imaginasi amatlah diperlukan.

Gambar hiasan dari Unsplash
Gambar hiasan dari Unsplash

Tanpa segan-silu, penulis sendiri mengaku bab mengemas pakaian adalah perkara yang paling ‘merumitkan’. Sebab apa? Kerana setiap kali mengemas, pasti mengambil masa berjam-jam sebab macam-macam yang mahu dibawa bersama. 

Adakah anda sama seperti penulis? Pilih baju sambil pakai dan gayakan di hadapan cermin? Maklumlah gambar mesti ‘sempurna’ kerana  ia akan dikongsi di akaun media sosial.  

Setiap baju yang hendak dibawa mestilah sesuai dengan lokasi percutian. Kalau ke pantai, pilihan warna baju mestilah daripada warna-warna terang, kalau ke hutan, hitam or hijau is a big no no! 

Jadi, bagaimana cara untuk mudahkan dan jimatkan masa mengemas baju dan keperluan yang lain? Ini cara atau tip yang boleh anda ikut sebagai panduan. 

Gambar hiasan dari Unsplash
Gambar hiasan dari Unsplash

1) Paling penting kena ada ‘travel itinerary’. Sebabnya, ada gambaran aktiviti atau lokasi yang hendak dilawati nanti. Kalau aktiviti santai-santai, tak perlu bawa baju yang banyak. Tapi kalau ada aktiviti lasak, kenalah bawa baju ekstra.

2) Kalau lokasi percutian yang dipilih mata wangnya tidak tinggi dan boleh dapatkan pakaian dengan harga murah (Thailand dan Indonesia), mungkin anda boleh bawa pakaian yang cukup untuk sehari dua. Sebaik tiba di destinasi, bolehlah beli baju untuk hari-hari berikutnya.

3) Buat senarai barang yang perlu ada. Kalau ke pantai, pastikan ada krim pelindung matahari,  baju renang, topi, sandal atau selipar. Kalau percutian kota, cukuplah sepasang dua kasut yang selesa. 

4) Pilih baju yang anti-kedut. Agenda menggosok baju ketika bercuti memang tidak menyeronokkan. Kalau pakaian berkedut sedikit pun, is not a big deal. Nama pun bercuti! Bukan menghadiri mesyuarat. 

5) Letakkan alatan mekap, alatan mandi atau gajet dalam satu beg kecil. Jangan bawa barang-barang yang tak perlu. Gincu bibir tidak perlu bawa lebih daripada tiga. Pembayang mata juga tidak penting, melainkan ada makan malam romantik yang telah dirancang.

6) Beli siap-siap alatan kebersihan diri dalam ‘travel size’. Jadi, anda tidak perlu buang masa mengisi alatan ini ke dalam bekas yang lebih kecil. Jika masih mahu membawa pek besar, silakan. Tapi pastikan bagasi anda tidak terlebih berat atau daftar masuk sahaja. Ingat, ada peraturan yang perlu dipatuhi jika melibatkan perjalanan ke luar negara.

Gambar hiasan dari Unsplash
Gambar hiasan dari Unsplash

Selamat bercuti! - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

3

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pakaian Jururawat Terlalu Ketat, MP Kuantan Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan