Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Memenangi Hati Dan Minda Masyarakat Melayu 

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 11:47AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saudara pengarang

Pada hari ini ramai orang Melayu menyedari kepalsuan dan kegagalan ideologi Ketuanan Melayu yang dibawa UMNO (dan PPBM) dan Negara Islam PAS. Hakikatnya sama ada parti-parti ini menjadi kerajaan atau pembangkang, tiada perubahan dasar yang ketara.

Bezanya, apabila mereka memegang kerajaan dan mendapat pangkat dan kedudukan, maka isu-isu seperti Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim atau Buy Muslim First yang dibakar-bakar pada era PH menjadi sunyi-sepi.

Kes Adib masih sama. Kedudukan ekonomi Islam dan Bumiputera juga sama. Bezanya dahulu UMNO dan PAS pembangkang, hari ini mereka memegang jawatan Menteri dan Pengarah GLC.

Ideologi Ketuanan Melayu ini masih menganggap orang Melayu sebagai masyarakat desa yang miskin.

Hakikatnya pada hari ini, majoriti orang Bumiputera tinggal di bandar dan penduduk bandar juga majoriti Bumiputera. DEB juga telah melahirkan kelas menengah Melayu, walaupun majoriti besar di kalangan golongan B40 masih lagi masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Namun ramai orang Melayu juga tidak senang dengan prejudis segelintir golongan yang mengaku mereka liberal yang sentiasa meletakkan seluruh masyarakat Melayu dalam satu bakul dengan tohmahan seolah-olah orang Melayu berhak mundur kerana menyokong parti-parti seperti UMNO, PAS dan PPBM.

Lebih dahsyat lagi, ada golongan yang mengaku liberal yang mengulangi dakyah pimpinan UMNO dalam Revolusi Mental dan Mahathir dalam Dilema Melayu bahawa memang betul Melayu ini secara semulajadinya pemalas!

Pandangan ini juga diratib berulangkali oleh golongan tauke-tauke besar sebagai hujah mereka membawa masuk pekerja-pekerja asing yang dibayar gaji yang rendah.

Golongan elit Melayu pula, yang sebenarnya tidak memerlukan kedudukan istimewa Melayu, mengulangi kisah-kisah ini bagi mendapat kelebihan-kelebihan yang diberikan oleh kerajaan atas nama Melayu sedangkan mereka yang sepatutnya mendapat keistimewaan ini masih papa kedana.

Ada usahawan Melayu yang menggunakan kelebihan ini untuk membina perniagaan tulen yang berdaya saing, tetapi mereka juga biasanya diketepikan oleh kroni-kroni orang politik yang menjalankan perniagaan Ali Baba semata-mata.

Syed Hussein Alatas telah pun menyanggah kedangkalan pandangan ini dalam Mitos Pribumi Malas. Asal-usul hujah ini datang tidak lain dan tidak bukan dari pihak penjajah sendiri bagi memberi alasan mengapa mereka menjajah dan menindas golongan pribumi.

Pokoknya, pengundi Melayu ini tidaklah seragam atau sekata.

Dalam PRU14, pola pengundian masyarakat Melayu berbeza mengikut geografi. Di Kelantan dan Terengganu, kemarahan kepada UMNO diterjemahkan kepada sokonan kepada PAS.

Di Pantai Barat dari Selangor ke Johor, banyak undi orang Melayu diberikan kepada PH. Begitu juga di Sabah – wujud perbezaan undi masyarakat Bumiputera Muslim Pantai Barat dengan Pantai Timur Sabah.

Antara punca perbezaan adalah sejauh mana masyarakat Melayu tersebut biasa dengan parti-parti PH terutamanya dari segi memegang kuasa kerajaan (sekaligus menolak dakyah UMNO).

Begitu juga sejauh mana negeri tersebut mempunyai penduduk bandar dan luar bandar; selain faktor kenegerian.

Soal ekonomi jauh lebih penting berbanding soal kaum, apatah lagi selepas pandemik COVID. Cuma, parti-parti politik akan menterjemahkan keresahan mengenai soal periuk nasi dengan membakar soal sentimen kaum dan agama.

Malah, kehendak seorang Melayu berusia 40 tahun yang mempunyai pekerjaan tetap dengan kerajaan dan rakan sebayanya yang dipotong gaji sewaktu COVID-19 dan resah mengenai simpanan KWSP berbeza.

Begitu juga, harapan seorang anak Melayu yang habis belajar di universiti dan terpaksa bekerja menghantar makanan sambil membayar semula hutang PTPTN berbeza dengan anak Melayu di desa yang terus mencari pekerjaan selepas alam persekolahan.

Ataupun anak Melayu yang nekad untuk pergi ke Singapura, Australia dan Korea untuk bekerja, secara sah atau tidak, untuk melakukan kerja-kerja bahaya, kotor dan sukar (3D).

Ini sekali gus membuktikan tanggapan anak Melayu atau Malaysia tidak mahu lakukan kerja-kerja 3D adalah palsu semata-mata, cuma mereka tidak mahu lakukan di tanah air sendiri apabila upahnya terlalu rendah.  

Bayangkan, bagi lepasan SPM dan IPT pada era Covid, mereka tidak lagi boleh meletakkan impian yang sama seperti abang dan kakak mereka kerana suasana pembelajaran dan pekerjaan yang berbeza. Mereka menjadi pengundi baharu dalam suasana malap dan tidak menentu.

KEADILAN harus tampil menjawab persoalan-persoalan ini. Hakikat bahawa kita merupakan parti pelbagai kaum tidak menghalang kita untuk menjuarai isu-isu ekonomi sebegini.

Malah, pendekatan yang melihat sebahagian besar masalah masyarakat Melayu bukan atas andaian kita malas atau lemah, tetapi berdasarkan kerangka ekonomi yang lapuk jauh lebih baik dan sudahpun diterima sebahagian masyarakat Melayu hari ini.

Iltizam ini harus kita bawa keluar dari zon-zon selesa kita kepada interaksi kita dengan kota-kota dan kampung-kampung di Pantai Timur, di penempatan FELDA malah di kawasan-kawasan Bumiputera Muslim di Sabah dan Sarawak.

Kita harus terima bahawa Malaysia tidak akan berubah jika golongan majoriti – orang Melayu – tidak berubah.

Tidak guna golongan yang mengkritik pendirian politik orang Melayu terus memecahkan kepala mereka mengapa ideologi seperti Ketuanan Melayu dan Negara Islam masih mendapat tempat dikalangan sebahagian masyarakat Melayu jika mereka sendiri lebih gemar membuat bahan-bahan syok sendiri di media-media sosial dalam Bahasa Inggeris!

Kita harus memenangi hati dan minda masyarakat Melayu. Bukan memperlekehkan mereka. 

Nik Nazmi Nik Ahmad adalah Ahli Parlimen Setiawangsa dan Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN. Beliau telah mengarang beberapa buah buku termasuk 9 Mei 2018: Catatan dari Garis Depan dan Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Sukan 14 jam yang lalu

Lagenda Liverpool Memenangi Battle Of The Reds

oleh Manvir Victor

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Politik 1 hari yang lalu

PN Letak Calon Melayu Atas Permintaan, Bukan Kerana Perkauman - Muhyiddin

oleh Diyana Nawwar