web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Manfaat Kopi Hitam Dan Mengapa Lebih Baik Diminum Pada Waktu Pagi

Pakar menjelaskan kopi hitam mengandungi asid klorogenik yang menggalakkan penurunan berat badan dan melambatkan pengeluaran glukosa dalam badan

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2023 1:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun budaya minum kopi hanya menjadi gaya hidup warga kota, namun ramai sebenarnya antara kita tidak boleh menjalani hari tanpa menghirup secawan kopi hitam. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jika ya, berikut adalah manfaat kesihatan jika mengamalkan pengambilan kopi hitam setiap hari.

Berbeza dengan hidangan kopi mewah yang tinggi dengan kandungan gula, kopi hitam yang ringkas sebenarnya sarat dengan manfaat kesihatan. Kopi hitam ialah kopi kosong yang tiada krim, tiada susu, dan tiada pemanis. Jadi, anda mendapat manfaat kopi sebenar tanpa tambahan kalori, lemak, dan gula.

Jadi, jom bancuh secawan kopi hitam yang segar dan berehatlah sambil membaca artikel ini untuk mengetahui apa yang hebat tentang minuman hitam ini. Maklumat yang disenaraikan ini adalah dihimpun daripada beberapa artikel kesihatan yang boleh diakses secara dalam talian.

Selain itu, perlu diingatkan, pakar mengesyorkan minum kopi hitam pada waktu pagi atau siang hari sahaja. Anda juga boleh minum kopi hitam sejurus sebelum bersenam. Bagaimanapun, elakkan minum kopi hitam pada waktu malam, lebih-lebih lagi sebelum tidur kerana ia boleh membahayakan kesihatan.

1. Kopi Hitam Kaya Antioksidan

Kopi hitam secara semulajadi kaya dengan antioksidan, vitamin B2, vitamin B3, magnesium, kalium, dan natrium. Ia adalah minuman tanpa kalori yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan merangsang metabolisme.

2. Kopi Hitam Untuk Penurunan Berat Badan

Kopi lebih baik diminum pada waktu pagi
Kopi lebih baik diminum pada waktu pagi

Mengambil kopi hitam dengan kerap boleh membantu anda menurunkan berat badan juga. Kajian oleh Harvard T.H. Chan School of Public Health mendapati terdapat kesan positif pengambilan kopi hitam terhadap penurunan berat badan. 

Pakar menjelaskan kopi hitam mengandungi asid klorogenik yang menggalakkan penurunan berat badan dan melambatkan pengeluaran glukosa dalam badan, mengurangkan pembentukan sel lemak baru jadi ia penting untuk penurunan berat badan. Selain itu, ia rendah kalori jika tiada penambahan gula.

3. Kopi Hitam Untuk Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer adalah masalah otak yang memusnahkan ingatan dan kemahiran berfikir, sehingga membuatkan pesakitnya sukar untuk menjalankan kehidupan harian. Minum kopi telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit Alzheimer. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Alzheimer's Disease mendapati bahawa meminum dua hingga tiga cawan kopi sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia dan Alzheimer sebanyak 65 peratus. 

4. Kopi Hitam Kurangkan Risiko Kencing Manis

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Diabetologia mendapati bahawa meningkatkan pengambilan kopi lebih daripada satu cawan boleh membantu mengurangkan risiko diabetes jenis 2. Ini kerana ia meningkatkan pengeluaran insulin dalam badan yang membantu mengurangkan risiko diabetes.

5. Kopi Hitam Membantu Meningkatkan Tenaga

Minum kopi hitam sejurus sebelum ke gim boleh membantu meningkatkan kesan senaman anda. Bagaimana? Kajian telah menunjukkan pengambilan kopi hitam sebelum bersenam membantu meningkatkan daya tumpuan dan prestasi dengan mengurangkan keletihan. Ia juga meningkatkan kewaspadaan semasa bersenam, jadi adalah baik mengambilnya sebelum bersenam.

6. Meningkatkan Mood Dan Kewaspadaan

Kerana itulah seseorang akan merasa lebih bersemangat setelah meminum kopi. Selain itu, kopi juga mempunyai efek ‘membangunkan’ atau dapat mengurangi kelelahan.

Sebab itu tidak menghairankan apabila ramai yang mencari kopi untuk memulakan harinya. The Coffee Science Information Centre menunjukkan bahawa rata-rata pengambilan kopi dengan dos kafein 100-200 mg dapat meningkatkan kewaspadaan mental dan prestasi seseorang dalam bekerja.

Ramai yang mencari kopi sebelum memulakan aktiviti harian
Ramai yang mencari kopi sebelum memulakan aktiviti harian

Selain itu, juga terdapat bukti yang mengatakan bahawa pengambilan kopi dapat meningkatkan produksi dopamin di otak, iaitu neurotransmiter yang berhubungan dengan rasa senang. Dek itulah anda mungkin merasakan kopi dapat mengubah suasana hari menjadi lebih baik. 

Kesan Sampingan Minum Kopi Hitam!

Minum lebih daripada dua hingga tiga cawan kopi hitam sehari boleh membawa kepada masalah kesihatan. Ia boleh mengganggu kitaran tidur yang membawa kepada masalah insomnia. 

Selain itu, pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan lain seperti, gugup, gelisah, mudah marah, masalah perut, dan degupan jantung lebih laju.  Oleh itu, cara yang terbaik dan selamat adalah mengekalkan pengambilannya di antara dua hingga tiga cawan sahaja sehari. - Getaran, 14 Oktober 2023

Foto : https://www.pexels.com/ 

Isu Pada

Kanser Payudara Bukan Pengakhiran Hidup 21

21 Oct 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13