web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Berhenti Berdoa, Kerana Allah Maha Mendengar

Jangan malu meminta, kerana Yang Maha Esa itu tidak pernah sesaat pun meninggalkan umatnya.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 5:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika ingin dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, ditemukan dengan jodoh yang baik-baik, serta dimudahkan segala urusan, banyakkanlah berdoa kepada Allah. Jangan malu meminta, kerana Yang Maha Esa itu tidak pernah sesaat pun meninggalkan umatnya. 

Orang yang malas berdoa hanya akan merugikan diri sendiri. Ini kerana mereka seolah-olah menunjukkan keangkuhannya sebagai hamba, bagaikan ia tidak memerlukan bantuan Allah. Janganlah hanya menadah tangan apabila berada di dalam situasi yang sukar, apabila hati tidak gembira. 

Ayat 186 Surah al-Baqarah menjelaskan bahawa Allah akan mengabulkan setiap doa atau permintaan hamba-Nya, dengan syarat anda haruslah berdoa dengan ikhlas, yakin dan percaya Allah sentiasa memberi yang terbaik.

Selain itu, anda juga haruslah bersabar kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Allah tidak pernah menolak dan tidak akan mengabaikan doa seseorang, yang memohon dengan segala harap kepada-Nya. Firman Allah SWT, "Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku."

Bahkan dalam satu hadis yang yang diriwayatkan dari Abu Hurairah menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Tetap dikabulkan doa seorang hamba, selama ia tidak berdoa untuk perbuatan dosa atau pemutusan hubungan (silaturahim) dan selama tidak minta dipercepat.''

Oleh itu, janganlah berhenti berdoa biarpun hingga saat ini doa anda masih belum dikabulkan. 

Bagi yang sedang menjalani kehidupan senang-lenang, penuh kegembiraan, anda juga harus berdoa. Ini kerana semua yang anda miliki itu adalah pinjaman daripada Allah. Anda perlu berdoa, minta Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat nanti. 

Bagaimana pula dengan mereka yang mahu mengubah takdir hidup? Adakah doa mampu mengubah takdir hidup seseorang? Sebagai umat Islam, kita juga harus percaya dengan takdir Allah. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Menjawab persoalan ini, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias ada menjelaskan tentang takdir mengikut pandangan ulama ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah. Jelas beliau, terdapat dua jenis takdir yang ditetapkan oleh Allah iaitu Taqdir Mubram dan Taqdir Mu'allaq.

Taqdir Mubram adalah takdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. Contohnya hidup atau mati.

Sementara Taqdir Mu’allaq adalah takdir yang tertulis, yang boleh tetap dan boleh berubah dengan kehendak Allah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. 

Mu’allaq bererti tergantung. Ia adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.

Contohnya panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturahim dan amal kebajikan yang lain, seperti dalam sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

“Tidak boleh ditolak ketetapan Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan berbuat baik kepada ibu bapa.” (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).

Manakala dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW menjelaskan betapa besarnya kuasa doa sehingga mampu mengubah sesuatu takdir. Daripada Thauban RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ ، وَلاَ يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa.” - Riwayat Ibn Majah (4022), Ahmad (22745) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9752)

Kesimpulannya, selain memanjatkan doa, anda juga perlu berusaha, berikhtiar dan bertawakal kerana Allah juga mengatakan Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka. - Getaran, 20 Ogos 2021

Rujukan : https://muftiwp.gov.my/

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Qunut Nazilah Mohon Pertolongan Allah Selepas Berlakunya Sesuatu Musibah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini