web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlukah Penerima Zakat Belanja Wang Zakat Mengikut Syarat?

Menjawab persoalan apakah penerima zakat terikat dengan syarat-syarat si pembayar zakat dalam membelanjakannya?

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 8:33AM

Gambar Hiasan oleh Sairien Nafis

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Zakat adalah satu kewajipan fardu bagi orang Islam. Ia juga merupakan salah satu Rukun Islam. 

Dewasa ini, ramai yang memilih untuk menghulurkan bantuan dan wang zakat sendiri dan memberinya secara langsung kepada mereka yang dirasakan layak menerima zakat. 

Namun, tidak ramai yang mengetahui tentang tatacara untuk memberikannya. Ada pula yang menetapkan syarat berbelanja kepada si penerima.

Demikian, timbullah persoalan apakah penerima zakat perlu berbelanja wang zakat tersebut mengikut syarat yang ditetapkan oleh pembayar zakat? 

Pembayaran zakat fitrah di ibu kota bulan Ramadan lalu. Gambar fail
Pembayaran zakat fitrah di ibu kota bulan Ramadan lalu. Gambar fail

Mengikut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pensyariatan zakat telah ditetapkan bagi keadaan tertentu seperti zakat simpanan, zakat emas, zakat pertanian dan zakat ternakan. 

Dalil pensyariatan zakat jelas disebutkan di dalam al-Quran, seperti firman Allah SWT:

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Taubah ayat 60)

Melalui firman ini, Allah telah menetapkan lapan golongan yang layak untuk menerima zakat. Kita juga tidak boleh memberikan zakat selain daripada lapan golongan yang ditetapkan tersebut.

Dalam masa sama, pembayar zakat tidak harus menetapkan bagaimana perbelanjaan wang zakat yang telah dibayar mereka.

Imam al-Bujairimi di dalam kitabnya menyatakan empat golongan pertama memiliki pemilikan mutlak ke atas wang zakat yang diterima mereka dan tidak boleh disyaratkan penggunaannya.

Manakala empat golongan terakhir pula, mereka terikat dengan tujuan asal mereka dan tidak boleh digunakan selain daripada tujuan asal mereka menerima wang zakat tersebut. 

(بِإِطْلَاقِ الْمِلْكِ) الْمُرَادُ أَنَّهُمْ يَمْلِكُونَهُ بِمُجَرَّدِ الْأَخْذِ مِنْ غَيْرِ شَرْطٍ قَوْلُهُ: (وَتَقْيِيدُهُ) أَيْ أَنَّهُمْ لَا يَمْلِكُونَهُ بِمُجَرَّدِ الْأَخْذِ بَلْ يُشْتَرَطُ صَرْفُهُ فِيمَا أَخَذُوهُ لَهُ

Maksudnya: “(Pemilikan mutlak) maksudnya mereka memiliki harta zakat itu kerana pemilikan mereka secara mutlak tanpa sebarang syarat (perbelanjaan). (Diikatkanya): iaitu mereka tidak memiliki wang zakat tersebut kerana penerimaan semata-mata bahkan mereka terikat dengan syarat (tujuan) asal penerimaan wang zakat untuk dibelanjakan”.

(Rujuk Hasyiah al-Bujarimi, 2/359)

Empat golongan awal ialah fakir, miskin, amil dan mualaf. Manakala empat golongan terakhir ialah hamba, orang berhutang, orang yang berjuang di jalan Allah dan orang yang bermusafir. 

 

KESIMPULAN

Saudara Encik Muhammad Syamil Bin Ibrahim dari meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan merumuskan bahawa penerima zakat tidak berkewajipan untuk mengikuti syarat yang telah diletakkan oleh pembayar zakat untuk membelanjakan wang zakat yang diterimanya.

Bahkan mereka mempunyai kuasa penuh terhadap wang zakat yang diterima oleh mereka kerana wang zakat tersebut telah menjadi hak milik mereka. – Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Dana RM240 Juta Diseleweng: Tiada Penglibatan Institusi Zakat - Azam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

3

TARA 3 tahun yang lalu

Zakat Fitrah Orang Yang Meninggal Dunia Di bulan Ramadan Wajib Dibayar Tetapi…

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Elak Risiko, Usah Tangguh Bayaran Zakat Fitrah

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini