web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Program Pemulihan Khas Pastikan Pelajar Tidak Tercicir

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 3:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah melaksanakan Program Pemulihan Khas bagi memastikan pelajar khususnya murid Tahap Satu tidak keciciran dalam pembelajaran.

Timbalan Menteri KPM, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, program tersebut bagi memastikan pelajar dapat mengikuti kaedah pembelajaran secara dalam talian, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dengan lebih baik.

"Kemahiran 3M adalah aspek yang diberi penekanan dalam pendidikan murid di Tahap Satu, iaitu Tahun Satu, Dua dan Tiga.

"Guru pemulihan dengan kerjasama guru subjek Bahasa Melayu dan Matematik, memberi bimbingan bersesuaian kepada murid hingga mereka dapat menguasai kemahiran asas 3M,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) di Dewan Rakyat hari ini.

Rohani bertanyakan Hang Soon mengenai apakah langkah KPM bagi memastikan murid yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dapat menguasai kemahiran 3M.

Sementara itu, jelas Hang Soon, selain Program Pemulihan Khas, beberapa program lain turut dilaksanakan antaranya Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

“Program ini juga diperkenal bagi memastikan murid sekolah rendah menguasai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

“Pelaksanaan PLaN adalah sebagai program sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menyeluruh bagi membantu memantapkan kemahiran 3M.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mulai September lalu, KPM sudah melaksanakan Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU), bagi memberi penekanan terhadap pemugaran literasi dan numerasi. - Getaran, 9 November 2021.

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Anak Ditampar Senator, Bapa Sedia Bawa Kes Ke Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

oleh Sophia Ahmad