web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kisah Mahligai Taj Mahal Hadiah Cinta Untuk Isteri Masih Hidup

Kolum Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 12:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEJAUH mana kasih sayang anda kepada isteri? Sediakah mengabadikan kasih sayang dengan membina mahligai cinta yang bakal menjadi monumen kenangan abadi walau pun setelah tiada nanti?

Mungkin ada yang telah melakukan atau merancang untuk melakukan.

Namun penulis ingin berkongsi bagaimana di Uttar Pradesh, India, seorang suami menghadiahkan Taj Mahal sebagai lambang cinta kepada isterinya.

Namun tentunya ia bukan Taj Mahal seperti yang diabadikan oleh Maharaja Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz. Taj Mahal Shah Jahan tidak ada duanya walau di mana-mana.

Mari imbau dahulu kisah Taj Mahal, monumen lambang cinta dan kasih sayang Shah Jahan kepada Mumtaz.

Shah Jahan lahir pada 1592 dan meninggal pada 1666. Baginda adalah maharaja Moghul kelima memerintah India dari 1628 hingga 1658.

Anand Prakash ( kanan) bersama anaknya Kabir bergambar di hadapan 'Taj Mahal' hadiah untuk isteri, Manjusha. - Gambar AFP
Anand Prakash ( kanan) bersama anaknya Kabir bergambar di hadapan 'Taj Mahal' hadiah untuk isteri, Manjusha. - Gambar AFP

Tentu ramai yang sudah tahu mengenai kisah cinta Shah Jahan-Mumtaz, malah sudah pernah belajar dalam subjek Sejarah di sekolah.

Juga ramai tahu Taj Mahal ialah antara tujuh benda ajaib di dunia. Sememangnya di bawah pemerintahan Shah Jahan, India mencapai kemuncak kegemilangan kebudayaan.

Taj Mahal di Agra, selatan Delhi, berdiri megah sebagai lambang cinta tidak kunjung padam dan luahan duka Shah Jahan di atas pemergian isteri tercinta yang meninggal ketika melahirkan anak ke-14 di Burhanpur, Madhya Pradesh, pada 1632.

Kerana itu Taj Mahal yang dibina atas kesedihan dan tangisan ini juga digelar sebagai ‘istana air mata’. Di monumen inilah bersemadinya jasad Mumtaz dan Shah Jahan sendiri. 

Shah Jahan memerintahkan pembinaan Taj Mahal pada 1632. Dia dikatakan memilih arkitek istana, Ustad Ahmad Lahauri dan ribuan karyawan senibina terbaik bagi menghasilkan Taj Mahal idamannya.

Seramai 20,000 pekerja mahir dan buruh pembinaan dipertanggung jawab melaksanakan kerja pembinaan dengan diawasi oleh Ahmad Lahauri. Shah Jahan mahu mahligai itu yang terindah dan teristimewa seperti juga kasih sayangnya yang mendalam dan tidak kunjung padam kepada Mumtaz.

Kos pembinaan ketika itu dianggar 32 juta rupee, atau tujuh bilion rupee, bersamaan nilai AS1 bilion (RM4.03 bilion) menurut nilai tahun 2020. Apabila siap, tersergamlah bangunan yang sangat indah tiada bandingannya di zaman itu.

Menurut ceritanya, untuk memastikan tiada lagi bangunan seindah Taj Mahal dibina, Shah Jahan telah membutakan mata arkitek yang mengilham cipta pembinaannya.

Kompleks Taj Mahal terletak dalam kawasan 17 hektar. Selain menempatkan makam Shah Jahan dan Mumtaz, ia juga mempunyai sebuah masjid dan rumah tetamu, dikelilingi oleh taman yang cantik.

Kini Taj Mahal adalah tarikan pelancong dari seluruh dunia yang ingin melihat dari dekat kehebatan senibinanya sambil mengimbau kisah cinta Shah Jahan dan Mumtaz.

Namun yang menarik hati penulis, cinta Shah Jahan dan Mumtaz ini telah menjadi sumber inspirasi kepada seorang suami, Anand Prakash Chouksey, 52, seorang ahi perniagaan, untuk membina sebuah mahligai replika Taj Mahal di Burhanpur, Uttar Pradesh.

Mahligai ini sebagai lambang cinta dan hadiah kepada isterinya, Manjusha, seorang guru. Replika ini terletak 800 kilometer dari Taj Mahal di Agra.

Bezanya, mahligai replika Taj Mahal ini bukan dibina untuk mengingati kematian isteri seperti Shah Jahan untuk Mumtaz kerana Manjusha masih hidup.

Sebaliknya ialah hadiah waktu hidup daripada Anand untuk isterinya. Malah Manjusha sendiri sama-sama memberi buah fikiran dalam pembinaan dan susur letak serta susun hias mahligai tersebut.

Memetik The Indian Express, mahligai tersebut menyamai ciri Taj Mahal. Namun saiznya adalah satu pertiga daripada saiz Taj Mahal. Bangunan dua tingkat itu mempunyai kubah (dome) setinggi 29 kaki (9.7 meter).

Seni hias dan marmar Markana yang digunakan untuk dinding menyerupai yang diguna untuk Taj Mahal, begitu juga hiasan perabot.

Sebagai penduduk Burhanpur, memang tepat sekali bagi Anand mendirikan mahligai impiannya kerana kaitan sejarah bandar itu dengan Shah Jahan dan Mumtaz.

Di sinilah Mumtaz menghembuskan nafas terakhir ketika melahirkan anak. Ketika itu dia mengikuti suaminya ke bandar tersebut untuk menghapuskan pemberontakan penduduk tempatan.

Jenazah Mumtaz asalnya dikebumikan di Burhanpur dan Shah Jahan berhasrat membina Taj Mahal di situ. Namun kerana sturuktur tanah tidak sesuai, akhirnya monumen tersebut dibina di tebing Sungai Yamuna di Agra.

Mahligai Anand yang menelan belanja 15 juta rupee atau AS$200,000 (RM841,000) mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Dia mahu mengibarkan bendera India pada kubah paling tinggi sementara empat menara di sekeliling akan diletakkan simbol empat agama terbesar di India.

Katanya, matlamatnya adalah untuk menyibarkan mesej keamanan dan keharmonian agama. Kasih sayang boleh menyelesaikan masalah dalam hidup dan Taj Mahal adalah lambang tersebut.

Sesungguhnya penulis kagum dengan Anand yang mempunyai idea ‘di luar kotak’ memberi ‘Taj Mahal’ kepada orang di sayangi ketika masih hidup.

Tentu ia akan menjadi monumen abadi untuk anak cucu dan masyarakat ramai apabila mereka sudah tiada di dunia nanti. - Getaran, 2 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 minggu yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

2

Kolum 4 minggu yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

3

Kolum 4 minggu yang lalu

Mengapa Pendidikan Pengurusan Di Malaysia Ketinggalan

4

Kolum 1 bulan yang lalu

Pemotongan Bajet Anwar: Langkah Strategik Memacu Reformasi

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini