web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Jenayah Gerak Khas Musim 2 Lebih Hebat Dan Mencabar 

Diarahkan tiga pengarah bersama iaitu Syafiq Yusof, C Kumaresan dan Faizal Yusof, drama berbentuk penyiasatan dan kepolisian ini dibarisi ramai  pelakon hebat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 6:00PM

Gambar ihsan TV3

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama bersiri penuh aksi lasak, Gerak Khas Undercover musim kedua yang mula ditayangkan di TV3 sejak 24 Jun lalu  kembali lagi dengan kes-kes jenayah yang lebih mencabar dan penuh dengan aksi mendebarkan.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Diarahkan tiga pengarah bersama iaitu Syafiq Yusof, C Kumaresan dan Faizal Yusof, drama berbentuk penyiasatan dan kepolisian terbitan Skop Production ini dibarisi ramai pelakon hebat seperti Erra Fazira, Salina Saibi, Datuk Aaron Aziz, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Rosyam Nor, Farid Amirul, Sheera Iskandar, Raja Afiq, Ruzana Ibrahim, Elizabeth Tan dan C Kumaresan sendiri. 

Ia mengisahkan tentang anggota undercover dalam menjalankan tugasan risikan dan penyamaran dalam menyelesaikan masalah kes jenayah yang berleluasa. Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi anggota ini bagi memastikan masyarakat kita sentiasa berada dalam keadaan selamat. 

Menerusi episod pertama dan kedua, pasukan unit khas yang dipimpin ACP Zamri (Eizlan Yusof) berusaha menjejak ketua sindiket pengedar dadah yang paling dikehendaki. Rita (Ruzana Ibrahim) telah menyamar sebagai gelandangan untuk mengumpul maklumat. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Sementara itu, Zaki (Aaron Aziz) dan Hafiz (Raja Afiq) pula hampir terkena tembakan curi dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Berkat kerja berpasukan dan penyamaran itu, pasukan undercover ini berjaya menangkap Bob Tompo, ketua sindiket tersebut dan dia juga yang telah menembak Zaki dan Hafiz.

Episod minggu lepas yang bertajuk ‘Proksi’ semakin menarik. Ia mengisahkan tentang seorang suspek lelaki (Nordin Ismail) berjaya melarikan diri dengan bantuan rakannya ketika serbuan polis, namun ia menjadi tanda soal kerana polis menemui mayat suspek tidak jauh dari lokasi serbuan dengan dua kesan tembakan.

Pasukan undercover mendapat maklumat tiga suspek lelaki mempunyai hubungan dengan si mati. Kumar (C Kumaresan) dan Lim (Farid Amirul) diarahkan membuatkan penyamaran bagi mengesan aktiviti jenayah itu. Tisya seorang usahawan wanita kini dipantau pihak polis kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan Nordin kerana dia dilihat berjumpa dengan si mati sebelum kejadian. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Pada masa yang sama, berlaku konflik antara ASP Zaki dengan Inspektor Hafiz, atas kecuaian Hafiz dalam menjalankan tugas. Ini membuatkan hubungan mereka berdua semakin renggang. 

Persoalannya, berjayakah pasukan undercover membongkar setiap sindiket jenayah yang berleluasa? Semuanya terjawab dalam Gerak Khas Undercover musim 2 pada setiap jumaat, 10.30 malam hanya di TV3. - Getaran, 13 Julai 2022. 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13