web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 10: Daging Goreng Kunyit

Video & Galeri Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi hidangan kegemaran ramai yang cukup menyelerakan dari dapur Nasser’s Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK DAGING GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan

800g Daging batang pinang lembu (dihiris nipis)

2 biji bawang holland (dihiris kasar)

5 ulas bawang putih (dicincang)

1 inci halia (dihiris kasar)

3 biji cili merah atau hijau (dihiris kasar)

5 tangkai kacang panjang (dipotong kecil 4cm)

½ batang lobak merah (dipotong kecil 4cm)

4 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

½ sudu kecil serbuk perasa (jika mahu)

Kaedah

1. Untuk memudahkan daging dihiris nipis, simpan dalam freezer untuk 3 minit sebelum dihiris.

2. Perapkan daging dengan 1 sudu kecil garam dan 3 sudu kecil kunyit. Gaulkan rata dan biarkan untuk 30 minit.

3. Panaskan sedikit minyak. Bila minyak sudah panas, goreng daging yang telah diperap. Jangan masak kesemua daging sekali tetapi dimasak sedikit-sedikit supaya daging dapat garing.

4. Ulang sehingga kesemua daging telah digoreng dan ketepikan dahulu.

5. Tambah sedikit lagi minyak untuk menumis. Masukkan bawang holland.

6. Bila bawang mula kelihatan layu, masukkan bawang putih cincang, dan halia.

7. Masukkan cili potong. Kemudian tambah lobak merah dan tumis untuk beberapa minit. Diikuti kacang panjang.

8. Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaulkan rata.

9. Tambah baki 1 sudu kecil kunyit dan ratakan. Masukkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa, 1 sudu kecil gula atau secukup rasa dan 1/2 sudu kecil serbuk perasa jika suka.

10. Gaulkan supaya rata untuk 1-2 minit lagi dan daging goreng kunyit sedia untuk dihidangkan.

11. Rahsia memasak daging goreng kunyit ialah memastikan daging tidak dimasak terlalu lama supaya tidak keras dan liat. Terutama sekali jika menggunakan daging batang pinang, yang sangat cepat empuk. Sehingga kita bertemu lagi. Selamat mencuba!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad