web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Vape Bercampur Dadah Tular, Polis Perhebat Tindakan Keras

Video & Galeri Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2026 1:25PM

Hussein Omar Khan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) telah memperhebatkan tindakan penguatkuasaan terhadap produk vape bercampur dadah, susulan penyebaran video tular yang memaparkan individu berada dalam keadaan khayal dan tidak stabil selepas didakwa menggunakan vape secara berlebihan.

Enam lelaki, termasuk seorang suspek pembekal produk vape yang dipercayai mengandungi bahan narkotik, telah ditahan dalam beberapa operasi berasingan berkaitan kes tersebut. 

Polis turut memberi amaran, penyalahgunaan vape kini semakin menjadi saluran baharu penggunaan dadah sintetik.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memandang serius perkembangan itu, ekoran peningkatan risiko akibat penggunaan cecair vape yang telah diubah suai dan mengandungi bahan berbahaya.

"Jabatan memandang serius penyalahgunaan vape kerana ia boleh menjadi medium kepada penggunaan dadah serta menggalakkan gaya hidup tidak sihat,” katanya.

Beliau memaklumkan, polis  tidak menolak kemungkinan terdapat produk vape yang dicampur dengan dadah sintetik serta bahan kimia berbahaya lain yang boleh mengancam kesihatan dan keselamatan pengguna.

Salah satu siasatan bermula daripada video tular di media sosial yang memaparkan dua lelaki dipercayai berada dalam keadaan khayal, selepas menggunakan vape disyaki mengandungi dadah di sebuah apartmen di Selangor.

“Siasatan terhadap video tersebut membawa kepada penahanan tiga lelaki tempatan, termasuk dua individu yang berada dalam rakaman itu serta seorang pembekal produk vape berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebotol cecair vape yang disyaki mengandungi ketamin,” katanya.

Dalam operasi berasingan, polis turut bertindak terhadap satu lagi video tular membabitkan dua lelaki yang menggunakan vape ketika siaran langsung di sebuah platform media sosial di Johor Bahru.

“Tiga lelaki tempatan, termasuk dua individu dalam video berkenaan, telah ditahan. Mereka mengaku siaran langsung itu dilakukan bagi mendapatkan hadiah daripada penonton,” jelasnya.

Pihak berkuasa mendapati trend siaran langsung yang memaparkan tingkah laku penggunaan vape secara berisiko semakin kerap diadakan, bagi menarik perhatian penonton dalam talian serta menjana ganjaran digital, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap normalisasi penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pengguna muda.

Penahanan ini adalah susulan operasi penguatkuasaan Ops Vape 1.0 di seluruh negara yang dijalankan antara 13 hingga 17 April lalu, melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Operasi tersebut memberi tumpuan kepada pemeriksaan premis penjualan vape serta pengesanan individu terlibat dalam pengedaran dan penjualan cecair vape yang disyaki mengandungi bahan terlarang.

“Sebanyak 1,670 premis penjualan vape telah diperiksa, manakala lima individu termasuk dua lelaki tempatan, seorang warga China dan dua wanita tempatan ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Polis turut merampas 19.67 kilogram cecair vape yang disyaki mengandungi Furanyl Fentanyl, iaitu sejenis opioid sintetik yang sangat berbahaya, serta 186.54 kilogram cecair vape tanpa kandungan dadah yang dikesan.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM4.6 juta.

Hussein turut menasihatkan ibu bapa dan orang ramai agar sentiasa memantau perubahan tingkah laku dalam kalangan remaja serta tidak memandang ringan ancaman yang semakin meningkat akibat penyalahgunaan vape bercampur dadah.

Beliau juga menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah supaya menghubungi talian hotline JSJN di 012-208 7222. 

Video yang tular itu boleh disaksikan menerusi pautan ini - https://www.facebook.com/share/v/1HVpRpBqAq/?mibextid=wwXIfr - Getaran, 20 Mei 2026

Sorotan

1

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

2

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

3

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

4

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

5

Ekonomi Kebencian: Apabila Perpecahan Menjadi Model Perniagaan

6

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 11 jam yang lalu

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Buat Aksi ‘Fast & Furious’ Di Jalan Raya, Pemandu Tanpa Lesen Diburu Polis

oleh Sophia Ahmad