Penulis dan aktivis pro-Palestin, Shaun King serta isterinya Rai, memeluk Islam pada permulaan Ramadan 1445H.
Berkongsi berita berkenaan di akaun media sosialnya, Shaun, 44, mengumumkan pengislamannya serta Rai di masjid berhampiran kediamannya di Dallas, Texas.
“Kami bersama-sama mengucapkan shahada dan memeluk Islam pada permulaan Ramadan. Ia adalah hari yang indah, hebat dan bermakna untuk kami, yang tidak akan dilupakan.
“Saya akan berdoa untuk anda dan memohon untuk anda juga terus mendoakan kami,” katanya.
Shaun berkata, mereka akan mula berpuasa bersama-sama lebih 1 juta umat Islam di seluruh dunia pada Ramadan ini.
Pengislaman Shaun dan Rai dilakukan aktivis dan cendekiawan Islam Amerika Syarikat (AS), Omar Suleiman dalam majlis yang turut disiarkan secara langsung melalui Instagram.
Shaun juga menyatakan perasaan gembiranya dapat menyediakan makanan berbuka untuk beribu-ribu penduduk di bahagian Utara serta Selatan Gaza.
Katanya, usaha menyediakan makanan itu akan diteruskan sepanjang Ramadan ini. – Getaran, 12 Mac 2024
@getaranmy Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh aktivis dari Amerika Syarikat itu di akaun TikToknya. Beliau menulis, "My wife and I just got home from evening prayers at our home mosque in Dallas, Texas. Together we took Shahada and converted to Islam to start off Ramadan..." Kredit video: Shaun King #getaranmy #shaunking ♬ original sound - Getaran