web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adik Beradik Gaduh Dah Macam Kongsi Gelap

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 4:31PM

Tangkap layar pergaduhan pada malam Khamis lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mula-mula ingatkan kumpulan kongsi gelap bergaduh di Jalan Batu Kawa/Matang dekat Kuching, rupanya pergaduhan adik beradik.

Mana tidaknya, sampai dengar bunyi tembakan dilepaskan dan bergaduh beramai-ramai pada Khamis malam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan media sebagai berkata pihaknya menahan lima suspek lelaki berusia antara 17 hingga 42 tahun melalui Op Cantas yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan pada Khamis.

Polis juga mendapati dua daripada suspek yang ditahan masing-masing mempunyai 15 dan 30 rekod jenayah termasuk berkaitan dadah.

Tidak diketahui apa punca pergaduhan namun kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh yang membawa kepada hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Getaran, 24 Februari 2024

@getaranmy Susulan satu laporan polis, IPD Padawan, Kuching melancarkan Ops Cantas untuk menahan suspek yang terlibat dalam satu kes pergaduhan di Jalan Batu Kawa-Matang yang tular pada Khamis. Kes dikatakan melibatkan suspek adik-beradik bersama rakan-rakan mereka. #getaranmy #semasa #gaduh ♬ News, news, seriousness, tension(1077866) - Lyrebirds music

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

oleh Sophia Ahmad