Memandu dengan laju bukan sahaja membahayakan pemandu tetapi juga orang lain.
Lebih berbahaya jika memandu laju ketika hujan, kerana jarak pemandangan yang rendah atau jika wujudnya lopak air di tengah jalan raya.
Jika kenderaan gagal diberhentikan tepat pada masanya akibat kegagalan brek, sudah pasti boleh mengancam nyawa.
Itulah yang berlaku dalam video yang dikongsi apabila kereta yang dipandu laju gagal dibrek ketika memasuki lopak air, mengakibatkan ia terbabas.
Justeru, berhati-hati di jalan raya. - Getaran, 30 Januari 2024
@getaranmy Kalau hujan janganlah bawa laju-laju, kereta kecil pulak tu memang senang la melayang. Berlaku di depan KMC Kuantan #getaranmy #getaran #berita #terkini #trending #semasa #viral
♬ original sound - Getaran