Tidak berpuas hati ditegur membakar sampah secara terbuka di tanah jiran, seorang pemuda bertindak ganas mencederakan seorang warga emas dengan memukul dan menumbuk belakang kepala mangsa daam satu kejadian di Tanjung Kling, Melaka, Ahad lalu.
Malah, pemuda berusia 26 tahun yang juga cucu kepada pemilik inap desa yang berjiran dengan wanita berusia 76 tahun itu, terus memukul belakang warga emas itu sehingga mangsa terjatuh, biarpun dia cuba melarikan diri.
Sebelum itu, berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya selepas mangsa menegur suspek yang membakar sampah di atas tanah milik mangsa, kira-kira jam 1.20 tengah hari .
Perbuatannya itu dirakamkan kamera litar tertutup dipercayai di rumah mangsa, yang kemudian tular di media sosial.
Pemuda itu juga dilaporkan sudah ditahan polis tengah malam Isnin. – Getaran, 30 Januari 2024
@getaranmy Insiden dikatakan berlaku akibat perselisihan faham melibatkan seorang warga emas dan pemuda berumur 26 tahun di Tanjung Kling, Melaka pada Ahad. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan. #getaranmy #berita #semasa ♬ original sound - Getaran