Kelibat seekor biawak yang tersesat dalam ruang solat sebuah masjid mengundang cemas selepas ia cuba melarikan diri daripada ditangkap.
Reptilia itu yang kelihatan cuba menyusup keluar melalui pintu kaca gelonsor di masjid berkenaan namun tidak berjaya.
Kehadiran haiwan berkenaan yang terlalu dekat dengan seorang lelaki yang sedang solat hampir mengganggu konsentrasi namun ia akhirnya dihalau beberapa jemaah ke bahagian lain ruang solat itu. – Getaran, 23 Januari 2024
@getaranmy Fuh, besar betul dugaan abang yang tengah solat tu ? Nak sujud pun fikir dua kali. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #viral #semasa ♬ original sound - Getaran