Ada pelbagai cara orang di Malaysia melintas jalan atau lebuh raya, antaranya dengan mengangkat tangan dan melintas.
Lain kisahnya apabila dua pemuda yang melintas sebuah lebuh raya yang sibuk, dengan membawa sebatang penyapu, menyebabkan kenderaan berhenti memberi laluan.
Bagaimanapun, perbuatan mereka menyebabkan berlaku kemalangan membabitkan sekurang-kurangnya tiga buah kereta, hanya kerana pemandu terakhir tidak sempat mengelak dan menghentikan kenderaannya.
Mujur juga pemandu kereta pertama tidak melanggar kereta mewah di depannya, kalau tidak pening kepala nak bayar. – Getaran, 20 Januari 2024
@getaranmy Fuh, tak pasal-pasal kereta accident. Nasib baik owner dashcam sempat brek dari berlanggar dengan kereta depan ? Pastikan kita lintas di tempat yang selamat dan jangan melintas sesuka hati ya semua. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #dashcam #kemalangan ♬ original sound - Getaran