Bermula daripada pergaduhan antara suami isteri, ia kemudian berakhir dengan si suami mengelar diri sendiri dan ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta di kawasan Jalan Batu Nilam 34, Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Sebelum itu, lelaki berkenaan yang berusia 50 tahun bertindak di luar batas kemanusiaan apabila sanggup mengelar isterinya beberapa kali menggunakan pisau pemotong dalam kejadian di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhadapan sebuah kondominium di Kota Bayu Emas.
Isterinya yang ketakutan kemudian melarikan diri dengan keluar dari kenderaan dinaiki sebelum suaminya memecut dan ditemui tidak sedarkan diri dalam keretanya.
Suspek kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan dan rawatan. - Getaran, 20 Januari 2024
@getaranmy Seorang lelaki bertindak untuk melarikan diri selepas mengelar isterinya menggunakan pisau pemotong di bahagian leher, bahu sebelah kiri, tangan sebelah kanan, kaki sebelah kiri dan belakang badan di Kota Bayu Emas, Klang. Punca dikatakan kerana perselisihan faham. Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta Mazda CX5 berwarna biru gelap miliknya. Walau bagaimanapun, suspek ditemui di Jalan Batu Nilam 34 dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas mengelar kedua-dua tangannya. Suspek telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan dan rawatan. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran