Keadaan banjir di Johor semakin teruk apabila seramai 7,413 orang daripada 2,060 keluarga kini terpaksa ditempatkan di 52 PPS di enam daerah di negeri itu.
Melalui beberapa video yang tular di media sosial, kelihatan penduduk dan peniaga di Kota Tinggi terjejas teruk apabila daerah itu dilanda banjir.
Kelihatan peniaga di satu bazar terpaksa meletakkan barangan di atas meja selain peniaga meluahkan kebimbangan jika paras air terus meningkat.
Malah, sebuah sekolah yang terletak bersebelahan Sungai Johor, SK Bandar juga dinaiki air. – Getaran, 8 Januari 2024
@getaranmy Semoga dipermudahkan urusan semua yang terkesan. Kredit video: FB Org Kota Tinggi. #getaranmy #semasa #berita #banjir #banjirjohor ♬ Sad and lonely - MoppySound