web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tawaran Rumah HK$1 Juta Galak Penduduk Hong Kong Ambil Vaksin COVID

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2021 10:08PM

Kompleks bangunan kediaman Grand Central in Hong Kong, di mana tawaran AS$1.4 juta ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah untuk menggalakkan penduduk Hong Kong mendaftar vaksin COVID-19. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat hartanah di Hong Kong telah menawarkan hadiah pangsapuri bernilai AS$1.4 juta kepada orang ramai bagi menggalakkan mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Ia merupakan hadiah cabutan bertuah dan selain itu terdapat juga 20 hadiah lain dengan nilai HK$100,000 setiap satu. Ia dibuka sehingga 1 September ini.

Hong Kong telah menyediakan dos vaksin yang cukup kepada 7.5 juta penduduknya namun disebabkan tidak percaya kepada pemerintah semakin kuat, ditambah pula dengan kurangnya desakan kepada pengambilan vaksin, menyebabkan kurangnya dorongan untuk mengambil vaksin.

Justeru bagi memberikan dorongan kepada orang ramai, Sino Group, Yayasan Kebajikan Ng Teng Fong dan Chinese Estates Holdings menawarkan hadiah berkenaan kepada penduduk Hong Kong berusia 18 tahun ke atas dan mengemukakan bukti telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Hanya penduduk tetap sahaja yang layak memenangi hadiah pangsapuri berkenaan.

Tawaran itu dibuat tiga hari selepas Ketua Eksekutif Carrie Lam menolak gesaan agar kerajaan memberikan wang tunai sebagai menggalakkan orang ramai mendapatkan vaksin.

Hadiah untuk vaksin telah bermula di Amerika Syarikat dengan California, Colorado, Ohio, New York dan Oregon menawarkan hadiah.

Di Hong Kong, kurang 20 peratus daripada penduduknya telah menerima dos pertama vaksin, manakala hanya 14 peratus telah menerima dua dos. - AFP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 19 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

oleh Sophia Ahmad