Gara-gara menampilkan iklan yang dilihat menghina serta meremeh-remehkan penderitaan serta genosid yang berlaku di Palestin di tangan rejim Israel, satu butik jenama Zara diserbu sekumpulan penunjuk perasaan.
Kumpulan berkenaan yang membawa bungkusan putih melambangkan cebisan mayat yang sudah dikafankan serta beberapa keping gambar dilihat memasuki sebuah butik Zara dipercayai di sebuah bandar raya di Eropah sambil melaungkan ‘shame on you’ berulang kali.
Sebelum itu, jenama mewah itu melancarkan kempen fesyen terbaharunya ‘ZARA ATELIER. Koleksi 04_The Jacket’ pada 7 Disember lalu.
Ia menampilkan model Kristen McMenamy bergambar di hadapan ruang kerja yang berselerak, dipenuhi dengan kotak kosong dan dinding yang musnah serta patung yang seperti dikafankan.
Kempen itu bagaimanapun dikatakan sudah ditarik balik. – Getaran, 12 Disember 2023
@getaranmy Ini ekoran iklan terbaharu jenama fesyen tersebut yang antaranya menunjukkan patung terputus anggota badan. Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik, jenama itu terus dikecam dan orang ramai yang bersolidariti dengan Palestin diseru untuk memboikotnya. #getaranmy #berita ♬ original sound - Getaran