Gara-gara enggan mendengar arahan pengendali gondola, beberapa orang pelancong dirakamkan terjatuh ke dalam terusan.
Difahamkan, pengendali gondola di Venice itu sudah meminta pelancong terbabit supaya tidak melakukan pergerakan yang ketara atau berganjak daripada tempat duduk ketika hendak mengambil gambar.
Namun, mereka tidak menghiraukan arahan berkenaan, mengakibatkan gondola itu terbalik dan kesemuanya jatuh ke dalam terusan. - Getaran, 7 Disember 2023
@getaranmy Gondola yang dinaiki pelancong di Venice terbalik apabila penumpang menghiraukan arahan pengendali untuk duduk diam dan tidak berganjak ketika mengambil gambar. #getaranmy #semasa #gondola #venice ♬ original sound - Getaran