Menebar roti canai selalunya dilakukan orang dewasa. Namun, di satu kedai makan di Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor, aksi menebar roti canai dilakukan seorang kanak-kanak.
Malah, kanak-kanak lelaki itu kelihatan melontar roti canai berkenaan ke udara, sebelum menangkapnya dengan mudah, seperti seorang pakar.

Aksi berkenaan sudah tentu menarik perhatian dan menghiburkan sesiapa yang berkunjung ke kedai berkenaan. – Getaran, 4 Disember 2023
@getaranmy Fuh, sampai terbang roti canai tu! Mesti adik ni bercita-cita nak menjadi penebar roti canai profesional ?? Lokasi di Parit 5/2 Jalan Sungai Panjang, Sungai Besar. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy | #trending ♬ original sound - Getaran