Kejadian seorang penoreh getah dibaham harimau belang di ladang getah di Kampung Kuala Tol, Gua Musang semalam, menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk.
Ia berikutan mangsa, seorang warga Indonesia berasal dari Aceh, Syabaini, 36, diserang haiwan buas berkenaan kira-kira 400 meter dari jalan utama Gua Musang- Jeli.
Lebih menyayat hati mangsa dikatakan sedang mengumpul wang untuk pulang ke kampung halamannya, selepas mula bekerja sebagai penoreh getah sejak tiga tahun lalu di situ. – Getaran, 30 November 2023
@getaranmy Seorang pekerja ladang warga Indonesia maut dengan keadaan mayat ditemukan dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham harimau di ladang getah Kampung Kuala Tol, Gua Musang. Dipercayai mangsa adalah mangsa ketiga dibaham harimau dalam tempoh tiga minggu. #getaranmy #semasa #harimau #guamusang #indonesia ♬ original sound - Getaran