Pasukan Pertahanan Awam Palestin melahirkan rasa bersyukur apabila seorang bayi berusia 37 hari berjaya diselamatkan dari bawah timbunan runtuhan bangunan yang dibedil tentera Zionis.
Laungan Allahuakbar dan Ya Allah dilaungkan berkali-kali malah bayi yang dikatakan tertimbus selama tiga jam itu terus dikucup bertalu-talu oleh penyelamat.
Tiada sebarang tangisan kedengaran daripada bayi berkenaan biarpun hanya beberapa minit sebelum itu berada dalam kegelapan di bawah timbunan. – Getaran, 28 November 2023
@getaranmy Bayi berusia 37 hari diselamatkan dari bawah runtuhan oleh pasukan Pertahanan Awam Palestin berikutan serangan udara rejim zalim. Bayi tersebut dikatakan berada di bawah runtuhan selama 3 jam. #getaranmy #semasa #savegaza #savepalestine ♬ original sound - Getaran