Setiap pemandu seharusnya mempunyai sikap berhati-hati ketika mengendalikan kenderaan masing-masing dan bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan ketika di jalan raya.
Namun sikap tergesa-gesa seorang pemandu nyaris meragut nyawa sendiri dan mungkin pengguna lagi selepas dia melanggar sebuah lori yang rosak di tengah laluan ke Jambatan Kedua, di Pulau Pinang.
Melalui satu video yang tular, pemandu dilihat melanggar segi tiga keselamatan yang diletakkan di belakang lori yang rosak itu sebelum melanggar sisi kanan belakang kenderaan itu ketika cuba mengelak. – Getaran, 25 November 2023
@getaranmy Lokasi di Jambatan Kedua, Pulau Pinang. Dikatakan lori tersebut rosak dan berhenti di pertengahan jalan. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #dashcam ♬ original sound - Getaran