Seorang pemandu kereta yang tidak sabar untuk memotong sebuah kenderaan lain, nyaris menyebabkan berlaku pertembungan dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.
Melalui rakaman kamera papan pemuka kenderaan yang cuba dipotongnya, kereta berkenaan dilihat tidak langsung cuba masuk kembali ke laluannya sebaliknya memaksa kenderaan dari arah bertentangan mengelak ke bahu jalan.
Mujur tidak berlaku kejadian tidak diingini ekoran sikap tidak bertolak ansur pemandu berkenaan. – Getaran, 24 November 2023
@getaranmy Tak pasal-pasal kereta lain yang perlu elak, yang memandu tu kalau mahu memotong buat cara berhemah ya. #getaranmy #semasa #highway #trafficaccident ♬ original sound - Getaran