Tular video seorang lelaki menyamar sebagai pemilik kereta Honda, sebelum bertindak melarikan kenderaan itu, sebaik sahaja ia selesai dicuci di sebuah pusat cucian di Kem Rimba, Seksyen 16, Shah Alam, baru-baru ini.
Sehubungan itu, pemilik kedai iaitu Pijey Muhamad Hafizan menerusi perkongsian di Facebook memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan kereta milik pelanggannya itu.
Katanya, kereta Honda terbabit adalah milik ibu saudara pelanggannya, sebelum suspek berjaya memperdaya pekerjanya apabila meminta kunci kenderaan itu dan melarikannya.
Namun, beliau berkata, imej suspek berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup di kedai itu dan laporan polis juga sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada Isnin lalu. - Getaran, 22 November 2023
@getaranmy Difahamkan pencuri kereta tersebut berlegar-legar di hadapan kedai cuci kereta sebelum bertindak untuk masuk ke dalam sebuah kereta Honda City hatchback lalu melarikan diri. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #kecurian ♬ original sound - Getaran