Sikap tidak sabar seorang pemandu yang tidak mahu menunggu giliran ketika di persimpangan lampu isyarat di satu lokasi di Dungun, Terengganu menyebabkan bukan saja beliau terlewat malah mengalami kerugian selepas keretanya merempuh sebuah kenderaan lain.
Dalam kejadian pagi semalam, pemandu berkenaan tidak berhenti di persimpangan itu walaupun lampu isyarat sudah bertukar merah, lantas merempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah kanan untuk ke kirinya.
Malah, pemandu itu nyaris melanggar sebuah motosikal yang terlebih dahulu bergerak sebaik lampu hijau menyala. – Getaran, 21 November 2023
@getaranmy Sila patuhi lampu isyarat ya semua. Jika tidak orang lain yang menanggung akibatnya ? Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranny #trending #dashcam ♬ original sound - Getaran