Masih ramai individu yang hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan buruk daripada perbuatan mereka itu.
Tindakan seorang penghantar makanan baru-baru ini menimbulkan kemarahan ramai, apabila dia menghalang parkir Orang Kurang Upaya (OKU).
Walaupun ditegur agar tidak berbuat demikian, dia hanya 'buat bodoh', menyebabkan pemandu yang mahu menggunakan parkir berkenaan kerana berkerusi roda berdepan kesukaran, apatah lagi dalam keadaan hujan. - Getaran, 19 November 2023
@getaranmy Dahla tengah hujan, kesian owner video nak kena hadap perangai abang rider yang tak bertimbang rasa tu ? Hormatilah parking OKU ya semua. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #dashcam ♬ original sound - Getaran