Kesibukan dengan tugas harian tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada melayan kerenah kanak-kanak yang mahu bersalaman dengannya.
Biarpun beliau perlu bergegas pulang selepas menunaikan solat Jumaat di Musolla Asy-Syafi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Anwar sempat menyambut salam sekumpulan kanak-kanak yang berkerumun dan tidak melepaskan peluang untuk menemui sendiri pemimpin nombor satu negara itu.
Perdana Menteri malah sempat melayan permintaan untuk menandatangani kertas dan selepang Palestin yang dihulurkan kanak-kanak terbabit. – Getaran, 10 November 2023
@getaranmy Kehadiran PMX disambut riang oleh kanak-kanak selepas beliau selesai solat Jumaat di Musolla Asy-Syafi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #anwaribrahim #pmx ♬ original sound - Getaran