Akibat menceroboh landasan kereta api, sebuah lori membawa sawit rosak teruk manakala buah sawit yang dibawa bertaburan di tepi landasan.
Kejadian di Kilometer 167.8 landasan kereta api Jerantut-Kuala Krau berdekatan Kampung Pisang, Jerantut, Pahang, juga menyebabkan perjalanan kereta api terbantut selepas landasan terhalang manakala pemandu lokomotif yang berusia 35 tahun dan pembantunya berumur 26 tahun mengalami kecederaan ringan.
Media melaporkan, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku ketika kereta api bernombor DMU 04 yang membawa 10 penumpang itu dalam perjalanan dari Jerantut di sini ke Gemas, Negeri Sembilan.
Katanya secara tiba-tiba sebuah lori jenis Toyota melintas dari kiri menghala ke kanan landasan kereta api sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran. – Getaran, 3 November 2023
@getaranmy Kejadian berlaku di Jerantut, Pahang petang semalam. Dikatakan pemandu lori telah melarikan diri. #getaranmy #berita #beritatiktok ♬ Suspense, horror, piano and music box - takaya