Situasi menyayat hati apabila seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya dihempap pokok tumbang dalam cuaca buruk petang semalam, di Jalan Ulu Yam-Gombak, menghala ke Ulu Yam.
Melalui video dikongsikan dalam media sosial, kelihatan pasukan bomba dan penyelamat berusaha untuk memotong pokok yang menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza bagi mengeluarkan mangsa.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. – Getaran, 1 November 2023
@getaranmy Seorang pemandu wanita meninggal dunia apabila pokok besar dilaporkan menghempap kereta Perodua Alza miliknya di Jalan Ulu Yam Bharu-Batu Caves, semalam. #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran