Tindakan melanggar lampu isyarat merah di Lebuh AMJ, di Parit Putat, Sungai Rambai, Melaka petang semalam, mengakibatkan penunggang motosikal maut digilis lori.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka atau 'dashcam' seorang pemilik kereta, kelihatan kelibat penunggang motosikal itu sebelum dirempuh lori di persimpangan lampu isyarat terbabit.
Difahamkan, kemalangan itu bukan kali pertama berlaku di persimpangan berkenaan dan kejadian sebelum ini turut membabitkan penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah. - Getaran, 31 Oktober 2023
@getaranmy Pemandu motosikal digilis lori akibat membuat keputusan secara terburu-buru untuk memotong lampu merah di Bukit Ramba, Melaka. #getaranmy #trafficaccident #trending #viral ♬ original sound - Getaran