Pengunjung di pusat beli belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya berdepan detik cemas apabila angin kencang dan hujan lebat menyebabkan siling bahagian anjung bangunan itu runtuh.
Melalui satu video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa pengawal keselamatan membantu pengunjung keluar dari kawasan terbabit ketika siling berkenaan runtuh.
Dilaporkan tiga pengunjung cedera ringan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu. - Getaran, 29 Oktober 2023
@getaranmy Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan sebahagian siling bahagian depan Megah Rise Mall runtuh. Tiga pengunjung mengalami cedera ringan menurut kenyataan pihak Megah Rise Mall di FB. Layari getaran.my untuk lagi berita dan info terkini. #getaranmy #berita #beritaditiktok #beritaviral ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo