Keadaan banjir di Kedah semakin buruk selepas lima daerah kini terjejas teruk dengan bencana alam itu.
Semalam tular di media sosial video keadaan banjir di negeri itu dengan paras air setinggi pinggang orang dewasa.
Dalam video berkenaan, kelihatan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang menyelamatkan penduduk dengan menggunakan bot bagi membawa mereka ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penduduk di kawasan yang dijangka mengalami banjir atau terjejas akibat bencana alam itu diharap dapat segera berlindung di PPS untuk mengelakkan kejadian tidak diingini. – Getaran, 28 Oktober 2023
@getaranmy Fuh, dah sampai paras pinggang! ? Berjaga-jagalah kepada semua penduduk di Kedah. Semoga semua berada dalam keadaan selamat. #getaranmy #trending #banjir #bencanaalam #kedah ♬ original sound - Getaran