Lautan putih yang membanjiri Axiata Arena di Bukit Jalil semalam membuktikan Malaysia tidak 'main'main' dalam memperjuangkan isu Palestin.
Semangat itu semakin terserlah menerusi aura luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tanpa gentar menegaskan pendirian Malaysia untuk terus berdiri bersama Palestin dan penduduknya.
Dikenali sebagai Himpunan Malaysia Bersama Palestin, acara tersebut berjaya mengumpul lebih 16,000 peserta pelbagai kaum dan agama, sebagai tanda solidariti. - Getaran, 25 Oktober 2023
@getaranmy Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus disuarakan di pelbagai peringkat, kali ini menerusi gelombang ‘lautan putih’ pada program Himpunan Malaysia Bersama Palestin. #GetaranMY #palestine?? #freepalestine?? #savegaza #stopgenocidepalestine #israelcuak #stopkillingpalestinians @Anwar Ibrahim @Cinta Gaza Malaysia @nadiralnuri ♬ original sound - Getaran