Kucing berwarna oren sememangnya sering menjadi perhatian dengan telatahnya yang tidak pernah gagal mencuit hati.
Baru-baru ini tular di media sosial klip video satu perbarisan yang dipercayai berlangsung di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), Putrajaya yang menyaksikan ‘kemunculan’ Oyen, tanpa menghiraukan program rasmi yang berjalan.
Kelihatan Oyen dengan selamba berbaring di atas lantai ketika orang kenamaan memeriksa perbarisan penguat kuasa KPDN. – Getaran, 19 Oktober 2023