web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Remaja Berdepan Detik Cemas Disamun Di Dalam Lif

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:28PM

Tangkap layar kejadian samun di dalam lif di Johor Bahru. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak sempat menikmati makanan dibeli, seorang remaja terpaksa pula berdepan detik cemas disamun seorang lelaki di dalam lif di sebuah pangsapuri di Johor Bahru, Ahad lalu.

Perbuatan lelaki itu diketahui ramai selepas ia dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang kemudian menjadi tular.

Klip video yang tersebar itu menunjukkan pada mulanya terdapat dua lelaki cuba memasuki lif berkenaan, namun seorang daripada mereka beredar.

Lelaki itu kemudian menyamun remaja berkenaan selepas dia menghalang mangsa daripada keluar apabila lif sampai di tingkatnya.

Bagaimanapun, suspek berusia 43 tahun itu ditahan polis pagi semalam, seperti laporan Berita Harian.

Ia susulan laporan polis yang dibuat remaja berusia 14 tahun itu selepas dia disamun. – Getaran, 18 Oktober 2023

@getaranmy Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah nasib si penyamun yang melakukan melakukan samun ke atas seorang remaja di Johor Bahru, semalam. #getaranmy #samun #trending #viral ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad