Peminat animasi Naruto dan Naruto Shippuden yang belum berkesempatan untuk ke taman tema Naruto, Shinobi-zato di Kobe, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pusat beli belah Pavilion Bukit Jalil untuk menimati pengalaman 'dunia' watak terkenal ini.
Ia berikutan pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi Naruto TV Malaysia diadakan di sana, bermula 7 Oktober lalu sehingga 31 Disember ini.
Pengunjung boleh melihat pelbagai pameran di 21 zon bertema yang membawa pengalaman teknologi VR dan lapan set yang dibina.
Sebaik melangkah masuk, anda akan disapa replika Kurama, musang berekor sembilan yang menghuni Naruto Uzumaki, watak utama dalam animasi yang diasaskan daripada manga nukilan Masashi Kishimoto.
Masih belum terlambat untuk berkunjung dan menikmati sendiri pengalaman dunia Naruto, Sasuke dan Sakura serta ramai lagi rakan-rakannya, maka sediakan wang untuk membeli tiketnya. – Getaran, 14 Oktober 2023
@getaranmy Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi Naruto TV Malaysia telah memulakan pameran besarnya di Pavilion Bukit Jalil dan pengunjung boleh hadir melihat pelbagai kostum siri animasi tersebut sehingga 31 Disember 2023. Pameran ini bertujuan meraikan dua dekad siri anime Naruto yang menghimpunkan peminat sama ada muda mahupun tua dari seluruh Malaysia. Pastinya sebahagian daripada anda membesar dengan cerita ini. Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk hadir ke ruang pameran tersebut serta menbawa pulang cenderamata eksklusif yang ditawarkan. #getaranmy #naruto #pavilionbukitjalil ♬ original sound - Getaran