Seorang pemandu disifatkan 'berani mati' apabila dengan selamba terus memecut kenderaannya dan melanggar lampu isyarat merah walaupun kenderaan dari arah berlawanan sudah mula bergerak.
Aksi 'kamikaze' itu bagaimanapun sempat dirakam kamera papan pemuka milik pemandu lain, sebelum ia tular di media sosial.
Tindakan individu berkenaan bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah turut mengancam nyawa pengguna jalan raya lain, khususnya penunggang atau pembonceng motosikal. - Getaran, 14 Oktober 2023
@getaranmy Laju-laju nak kemana tu? Jalan raya bukan kita seorang punya, nyawa orang lain pun berharga #getaranmy #trending #viral #dashcam ♬ original sound - Getaran