Tidak berpuas hati kerana kenderaan mewah dipandunya terbabit kemalangan jalan raya, seorang lelaki memukul seorang daripada mangsa yang dilanggarnya dalam satu kejadian di Bundaran Senayan, Jakarta, Indonesia.
Bagaimanapun, lelaki itu dibelasah oleh beberapa pengunggang motosikal yang geram dengan tindakannya yang bukan saja melanggar mereka, malah turut memukul seorang daripada mangsa.
Ketika kejadian, kesemua kenderaan yang dilanggar kereta mewah jenis Ferrari itu, sedang berhenti di lampu isyarat merah di Jalan Jenderal Sudirman.
Kejadian yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial, menjadi tular sejak kemalangan dipercayai hujung minggu lalu.
Media Indonesia melaporkan akibat kejadian, dua kereta dan tiga motosikal rosak, manakala dua penunggang motosikal mengalami kecederaan. – Getaran, 12 Oktober 2023
@getaranmy Berlaku di Jakarta, seorang pemandu Ferrari yang dipercayai berumur 29 tahun memandu kenderaannya laju hingga langgar 5 buah kenderaan dan berjanji akan bayar ganti rugi #getaranmy #semasa #terkini #trending #jakarta #videoviral #accident #ferrari ♬ original sound - Getaran