Cuaca panas sejak beberapa hari ini mengundang banyak ‘tetamu’ tidak diingini termasuk dalam kenderaan atau di tepi jalan.
Dalam video yang tular sejak semalam, seekor ular sawa dilihat berada di laluan masuk ke Lorong Touch N Go di sebuah plaza tol dipercayai di sekitar Subang Jaya.
Tidak diketahui sama ada ular berkenaan ‘menumpang’ sebuah kereta yang dilihat pada permulaan klip video meninggalkan lokasi atau sebenarnya kereta itu terlanggar haiwan liar berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian itu sempat dirakam seorang pengguna lebuh raya.
Ular berkenaan kemudian dilihat cuba menyelamatkan diri daripada dilanggar kenderaan melalui plaza tol berkenaan. – Getaran, 8 Oktober 2023
@getaranmy Ini parah ni.. apa awak buat kat tol tu ha? #getaranmy #fyp #terkini #semasa #trending #beritatiktok ♬ original sound - Getaran