Seorang wanita terpaksa menanggung kerugian selepas kereta dipandu merempuh palang di laluan keluar sebuah kawasan berpagar, dan mengalami kerosakan.
Dalam klip video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial, wanita berkenaan dilihat cuba mengundurkan keretanya namun tidak berjaya selepas ia tersekat pada binaan konkrit di pondok pengawal di tepi laluan keluar.
Malah, wanita itu juga sukar untuk keluar dari kenderaanya selepas terhalang dengan tebing pondok pengawal itu.
Bagaimanapun, tidak diketahui bila dan di mana kejadian ini berlaku. – Getaran, 3 Oktober 2023
@getaranmy Itulah, kadang-kadang kedudukan palang tu menyusahkan kita yang memandu ni ? #getaranmy ♬ Dj Entah Siapa Yang Salah - Alengka Record