Siapa yang tak kecewa apabila pencapaian tidak diiktiraf hanya kerana gagal menepati syarat.
Namun, itulah harga yang terpaksa dibayar oleh segelintir peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Full Marathon (KLSCM) berakhir semalam, apabila gagal menamatkan larian sebelum masa ditetapkan.
Aksi mereka merayu agar dibenarkan melepasi pagar yang sudah ditutup sempat dirakam jurugambar bertugas dan penonton, sebelum dimuat naik di media sosial.
Sekadar info, peserta perlu menghabiskan larian masing-masing dalam tempoh 7 jam 15 minit, untuk jarak 42,195 kilometer. - Getaran, 2 Oktober 2023
@getaranmy Pelari-pelari berhempas pulas untuk cuba menamatkan acara maraton sebelum masa "cut-off" 7jam 15min. Salute! Standard Chartered KL Marathon berlangsung pada 30/9 dan 1/10 ini. Kredit video: twtmarathon #getaranmy #scklm2023 #marathon #berita #beritatiktok ♬ Running - Isaicm2012