Gara-gara mengikut rapat, dua kenderaan terbabit dalam satu kemalangan selepas pemandu kereta yang ‘dicucuk’ dipercayai bertindak membrek keretanya.
Perbuatan ‘brake check’ di sebuah lebuh raya yang tidak dinyatakan itu menyebabkan kereta yang ‘mencucuk’ berkenaan hilang kawalan sebelum merempuh sisi kiri kenderaan yang ‘dicucuk’ .
Mujur kejadian berkenaan yang dirakam menggunakan kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan lain tidak menyebabkan kemalangan lebih serius. – Getaran, 27 September 2023