Pertanyaan Ahli Parlimen Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam sesi di Dewan Rakyat Isnin lalu mengenai kalimah Wallahi Wabillahi Watallahi yang dikatakan tidak lagi dibaca ketika Suhaizan Kaiat mengangkat sumpah di Parlimen, dijawab oleh Menteri Komunikadi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Dalam perkongsian melalui aplikasi TikTok, Fahmi berkata, beliau pada mulanya terfikir adakah dakwaan Shahidan itu benar biarpun Speaker Dewan Rakyat sudah menyatakan ia tidak ada dalam Peraturan Mesyuarat.
Bagaimanapun, beliau berkata, selepas meneliti beberapa klip sesi angkat sumpah oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang) pada penggal sebelum ini serta Shahidan sendiri pada November lalu, kesemua mereka jelas tidak membacakan kalimah berkenaan. – Getaran, 21 September 2023
@fahmi.fadzil Betul ke sekarang sudah tiada bacaan “Wallahi Wabillahi Watallahi” dalam ikrar sumpah Ahli Parlimen?? Jom kita check. #SemakSebelumSebar #TakPastiJanganKongsi #ShahidanKassim #Parlimen #DewanRakyat #SuhaizanKayat #MuhyiddinYassin #AbdulHadiAwang #AhmadZahidHamidi ♬ original sound - Fahmi Fadzil