Acara Keretapi Sarong yang diadakan Sabtu lalu menerima sambutan hangat apabila ia bukan sahaja berlangsung di ibu negara, bahkan turut diadakan di negeri lain seperti Johor.
Dianggap sebagai simbolik kepada perpaduan rakyat, acara ini juga menarik minat Kementerian Komunikasi dan Digital yang merancang untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan.
Paling menarik, sudah tentulah apabila ia 'menular' di luar negara, khususnya di London, United Kingdom dan dikenali sebagai 'Tube Sarong'. - Getaran, 18 September 2023
@getaranmy Meriah betul Keretapi Sarong dekat London ni ??? #getaranmy #semasa #beritatiktok #beritaditiktok #beritaviral #trending #berita #keretapisarong ♬ original sound - Getaran