web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gelombang Ketiga COVID-19, Solat Sunat Aidilfitri Masih Ditunggu

Video & Galeri Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 11:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masjid Negara yang tersergam indah di Ibu kota mampu menampung 15,000 jemaah namun dek gelombang ketiga COVID-19, hanya 50 jemaah sahaja dibenarkan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri tahun ini.

Biarpun dibelengu sekatan tersebut, masih ramai umat Islam di sini yang tidak luntur semangat untuk mencuba nasib dalam mencari peluang menunaikan ibadah sunat muakkad itu di dalam masjid tersebut.

Ada yang cuba merayu dan berunding dengan pihak pengurusan masjid untuk bertimbang rasa kerana mereka tidak diberitahu bahawa jemaah perlu membuat pradaftar namun, prosedur operasi standard (SOP) perihal had jumlah jemaah di dalam masjid tetap dikuatkuasakan.

Tepat jam 8 pagi, berpuluh-puluh barisan saf solat, yang mematuhi penjarakan sosial, terbentuk tatkala satu demi satu jemaah melampirkan sejadah mereka di luar perkarangan masjid yang terletak di dalam kawasan zon merah COVID-19.

Senario yang sama juga berlaku di sebuah lagi masjid ikonik negara iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.

Namun, tidak seperti di Masjid Negara, 50 jemaah yang dibenarkan masuk untuk bersolat di Masjid Sultan Salahuddin adalah mereka yang menerima surat jemputan.

Wartawan Zaidi Azmi dan jurufoto Alif Omar serta Sadiq Asyraf menyajikan kepada anda suasana solat sunat Aidilfitri pada tahun kedua negara dilanda pendemik COVID-19. - Getaran, 13 Mei, 2021.

Orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar perkarangan Masjid Negara.
Orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar perkarangan Masjid Negara.
Anggota polis mengawai pematuhan SOP di Masjid Negara.
Anggota polis mengawai pematuhan SOP di Masjid Negara.
Antara jemaah yang mengambil kesempatan membayar zakat fitrah di Masjid Negara.
Antara jemaah yang mengambil kesempatan membayar zakat fitrah di Masjid Negara.
Antara jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Antara jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Orang ramai memenuhi perkarangan luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Orang ramai memenuhi perkarangan luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Walaupun terpaksa bersolat di luar, namun ia bukan satu halangan apatah lagi Aidilfitri hanya setahun sekali.
Walaupun terpaksa bersolat di luar, namun ia bukan satu halangan apatah lagi Aidilfitri hanya setahun sekali.
Jemaah terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Jemaah terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Pematuhan SOP tetap dijalankan walaupun bersolat di luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.
Pematuhan SOP tetap dijalankan walaupun bersolat di luar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

oleh Sophia Ahmad

Video & Galeri 19 jam yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad